
Sulit
4 tahun
Masalah kelancaran period
assalam dan hi…saya baru berumur 23 tahun…period saya lewat 6 hari dari tarikh spatutnya period…sblum ni saya demam batuk selsema dan ada mengambil ubat2 spt berikut…adakah ubat2 ini menganggu persekitaran period saya…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Selain itu ia juga boleh berpunca dari:
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Pengambilan ubat demam, batuk & selsema secara umumnya tidak akan menggangu kitaran haid, namun penggunaan tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan yang berikut:
- loya dan muntah (sebilangan besar sirap batuk hampir selalu menyebabkan orang muntah)
- sakit perut,
- gangguan kulit,
- degupan jantung yang tidak teratur,
- kegelisahan,
- debaran dan kekeliruan,
- berpeluh berlebihan,
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya gangguan tersebut berlanjutan atau mengganggu rutin harian anda. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!