
Sulit
3 tahun
Masalah kelewatan dtg bulan
Sy wanita berumur 27 thn dan sudah berkahwin selama 5 bulan. Dan ini kali pertama sy kelewatan dtg bulan selepas sy dan suami melakukan hubungan pd 15 aribln selang dlm 3 hari tersebut yg ada mengambil ubat tradisional seperti maajun utk menganjalkan bentuk tubuh sy… dan setelah itu period sy langsung tak datang… period sy sepatutnya dtg 20 aribln tetapi sampai skrg tak dtg… dan sy telah membuat pregnant pada hari ke 3, smggu dan lebih pada smggu setelah melakukan hubungan dgn suami terdapat keputusan adalah negative. Dan terdapat air kencing sy agak keruh, bdn mudah lesu, tapak kaki rase pedih, kerap ingin membuang air kecil, sakit² sendi, dan pening kepala… adakah sy ni mengandung ataupun tidak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, haid lewat, air kencing keruh, badan lesu, tapal kaki pedih, kerap buang air kecil, sakit sendi dan pening kepala boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan saluran kencing
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit radang pelvis
- Sakit puan lain seperti sista, disfungsi ovari
- Kesan sampingan penggunaan sebarang perubatan seperti pil perancang
- Penyakit tisu penghubung
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.