
Sulit
4 tahun
Masalah keluar darah ketika bersama suami
Assalamualaikum doc…sy nak tanya apakah punca keluar darah ketika bersama suami? Selepas 5hari datang haid sy ada bersama suami,tapi tak ada keluar darah…selepas selang 4hari sy ada bersama lagi dengan suami,tapi kali ni ada keluar darah ketika bersama…semasa ditoilet buang air kecil sy dapati ada keluar darah bersama ketulan daging agak bersaiz kecil keluar dari vagina sy…tetapi tidak sakit…adakah sy ada penyakit dan sebagainya? Mohon penjelasan doc…terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Poscoital bleeding ini boleh berpunca daripada beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagaimanapun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Kebiasaannya, iritasi pada vagina atau serviks boleh terjadi akibat kegiatan seks yang ganas ataupun disebabkan oleh kurang pelincir semula jadi yang dirembeskan dari lubang faraj ketika hubungan seks. Jika masalah ini semakin berulang, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda kerana ia boleh disebabkan oleh penyakit rahim yang perlu disiasat lebih lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih