zalikham588
3 tahun
Masalah keluar lendir coklat campur darah selama seminggu
Hai doc.
Sy mengalami masalah keluar lendir coklet + darah dalam kuantiti yg sedikit. Tp berlarutan seminggu dah… sy juga tgh cuba utk turunkan berat bdn + diet. Sy nak tahu kenapa ye kenapa masalah keluar lendir coklat + darah ni berlarutan sehingga sekarang. Sy nak jumpa doktor tapi saya takut. Tolong jwb doc. Terima kasih ye…
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pendarahan bersama lendiran coklat. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- keputihan biasa yang teroksida
- darah haid
- jangkitan kelamin
- sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk merujuk masalah ini. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































