
Anonymous
5 tahun
Masalah kemaluan lelaki
Salam sejahtera, di sini saya nak bertanya kan soalan, sudah beberapa hari ada cecair keluar dari kemaluan saya, dan kadang2 bila saya saya kencing saat dah habis kadang2 akan terasa pedih pada zakar, kenapa yew? Apa masalah yang saya hadapi sekarang ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simtom yang mungkin anda hadapi pada mulanya adalah:
- rasa pedih ketika membuang air kecil
- keluar cecair jernih, setelah beberapa hari
- cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.