
Sulit
4 tahun
Masalah kencing malam
Saya wanita berumur 29 tahun. Masalah saya dari umur 12 tahun sampai sekarang. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Mesti tidur lambat punca takut kencing malam. Boleh doctor bagi pendapat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kencing malam yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan tertentu seperti ubat jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Memandangkan masalah ini sudah lama anda alami, anda amat disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan bagi mengatasi masalah ini.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih