
Sulit
5 tahun
Masalah kencing pada kanak kanak kecil
saya dapati selepas anak saya kencing… terdapat satu cairan seakan keputihan… anak saya berumur dua tahun empat bulan… sebagai ibu saya amat risau kalau ada masalah kesihatan dalaman yang mungkin saya tidak tahu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan fungi
- Reaksi terhadap barangan cucian
- Alahan terhadap persekitaran
- Jangkitan pada kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.