Sulit
3 tahun
Masalah kencing tidak puas dan kerap kencing pada waktu malam
salam… saya ada masalah untuk membuang air kecil… apabila saya kencing, saya berasa tidak puas seolah olah masih ada lagi baki air kencing di dalam pundi kencing saya. adakah ini masalah kencing tak lawas, prostat, jangkitan salur kencing, atau repetensi kencing? mohon bantuan doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti yang anda nyatakan di atas. Antaranya:
Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
Masalah batu karang
Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Masalah prostat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat untuk memastikan punca sebenar masalah anda hanya dari penerangan anda di atas. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.