
Sulit
5 tahun
Masalah kentut faraj ketika bersama
Saya seorang ibu berusia 24 tahun dan mempunyai seorang anak. Saya pernah mengalami kentut faraj sebelum hamil. Tapi x kerap. Tapi selepas saya bersalin, setiap kali bersama suami saya akan mengalami kentut faraj. Adakah saya mmpunyai masalah rahim? Apa punca dan solusi nya? Dan adakah ini normal bagi setiap wanita? Mohon terangkan doktor. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan kerana faktor perubahan tekanan dalam vagina sewaktu persetubuhan berlaku. Ia juga boleh berpunca kerana selepas bersalin, ruang vagina semakin membesar dan menyebabkan lebih angin yang ditahan ketika hubungan seksual. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti masalah kencing, benjolan terkeluar dari kemaluan ataupun ketidakselesaan ketika bersama, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.