
Anonymous
5 tahun
Masalah keputihan berwarna coklat
Saya wanita umur 18 tahun saya mengalami keputihan berwarna coklat nak ke warna perang sebab apa ya boleh doktor jelaskan adakah sebab waktu period saya semakin hampir sebab bulan lepas period saya datang hujung bulan macam waktu sekarang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan cik tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak cik, masalah keputihan berwarna coklat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketika ovulasi.
- Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”
- Kitaran haid yang tidak teratur dan “spotting”:Sesetengah wanita hanya mempunyai haid yang tidak teratur dan spotting tanpa sebab yang jelas.
- Wanita yang bermenstruasi dengan gangguan pendarahan atau penipisan darah
- Kehamilan
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Keguguran
- Sindrom ovarium polikistik
- Ektropion serviks
- Kanser endometrium atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang cik hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, cik amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.