
Sulit
4 tahun
Masalah keputihan dan cara atasinya
Saya dh alami mslh keputihan tu sejak sya akil baligh lg…sya xthu cara apa yg perlu sya buat utk hilangkan kputihan tu. Keputihan sya berwarna kuning terang n Kdg2 jadi berketul. Sya pnh pergi jpe doktor n doktor ada bg ubat insert ke dlm faraj bersama pencuci vagina. Tp tetap sama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan dan kegatalan pada faraj. Untuk makluman anda, secara umum, keputihan dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih