Sulit
3 tahun
Masalah keputihan seperti susu basi
Saya wanita awal 30 an. Sudah berkahwin. Baru-baru ini saya mengalami gatal gatal di bibir dalam faraj. Kemudian rasa ngilu dan seperti terbakar tiap kali buang air kecil. Saya sudah menggunakan candid lotion dan minum ural. Masalah tersebut selesai. Namun berlaku pula keputihan dan gatal dalam saluran faraj. Saya menggunakan candid vagina gel. Pada waktu siang keputihan seperti susu basi keluar lebih banyak jika pada waktu malam sy memakai gel tersebut. Keputihan tersebut tidak berbau. Adakah reaksi itu normal selepas memakai candid vagina gel?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidiasis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, anda boleh mengambil beberapa langkah seperti:
- Pemakaian krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Keputihan selepas penggunaan gel candida untuk faraj memang boleh membawa kesan sampingan seperti keputihan yang banyak untuk jangka masa yang pendek sahaja. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.