nurulchocotop94
4 tahun
Masalah keputihan yang disertai dengan darah
Hai doktor . Saya gadis berusia 25tahun , masih belum berkahwin , dan pernah terlanjur . Saya mmpunyai keputihan yang di sertai dgn darah dan juga berbau agak kurang mnyenangkan .
Sudah 2 bulan berlarutan macam ni doktor . Period datang macam biasa . Bila kering darah haid , still lagi kluar darah yg skit skit serta agak berbau hingga ke period seterusnya . Cuma bila sampai ke bulan ke dua sy ada rasa sakit skit di bahagian ari ari sy . Bulan pertama lagi lah , umpama saya period sebulan . Sebulan saya pakai tuala wanita . Kdag kering , esok nya kluar lagi darah . Saya xfaham doktor . Biasanya sy normal . Tiap bulan mesti dtg period . Ini kali pertama sy jadi mcm ni . Apakah masalah sy doktor ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Disebabkan anda juga mengalami simptom lain, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut agar puncanya dapat diketahui.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!