
pnzskynet
2 tahun
Masalah kerap berpeluh
Assalammualaikum dan salam sejahtra, nama saya ismail, saya berumur 35 tahun berat badan saya 110kg ketinggian saya 163 inc, saya mempunyai masalah kerap berpeluh, dan kawasan yg berpeluh bahagian kepala,muka,tangan, dan badan, masalah saya sudah lama dari alam persekolahan sehingga sekarang, dan masalah saya ini cukup rumit dan membawa masalah pada saya jika saya keluar berurusan,saya boleh berpeluh dgn cepat sekali dan banyak seperti keadaan baru lepas mandi dan yang peliknya, sy boleh berpeluh bila berada dalam bilik sejuk beku -1° sewaktu saya bekerja stor bilik sejuk. Saya akan berpeluh sewaktu badan saya bergerak, dan saya boleh berpeluh dgn banyak apabila berjalan2 di pasar raya yg berhawa dingin,dan terpaksa kerap tukar baju setiap kali keluar rumah walaupun sekejap 10-15 minit baju saya akan basah kuyup seperti mandi hujan. saya cukup tak selesa dgn keadaan saya sekarang. Dan saya perlukan nasihat doktor. Harap sgt doktor dapat membantu saya mencari jalan penyelesaiannya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- Anxiety
- Hyperhydrosis
- Obesity
- Kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.