
Sulit
5 tahun
Masalah kesihatan lelaki dewasa
Saya berumur 35 tahun. Mempunyai masalah tekanan darah tinggi tetapi ada makan ubat.Mengalami masalah zakar tidak mengeras sepenuhnya. Apakah penyelesaian masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui penyelesaian bagi masalah anda, punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.