
Sulit
2 tahun
Masalah kesuburan suami
Saya wanita berumur 25++…suami sebaya saya… Kami kahwin 4tahun… Tetapi belum ada rezeki ada zuriat… Saya seorg pcos… Suami pon ada masalah kesuburan. . 3 buah hospital ujian n result yg sama kami dapat … Bmi tubuh kami adalah normal… Suami sudah berhenti rokok selama setahun… Bagaimana kami ingin ikhtiar untuk memiliki zuriat… Apakah suplemen yg kami perlu amik… Ada cara lain untuk kami… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Sebaiknya puan dan suami mendapatkan konsultasi doktor pakar untuk merancang kehamilan anda dan mendeteksi masalah-masalah yang mungkin dihadapi agar dapat merancang kehamilan seterusnya dengan baik. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.