
Sulit
5 tahun
Masalah kesukaran bernafas dan tidak puas bernafas
Saya perempuan berumur 39 tahun. seminggu sebelum ini semasa pkp pertama sy berada di kampung di negeri pantai timur…keadaan di kampung agak berhabuk dan berdebu dan saya mmg sedia ada masalah resdung. Saya telah pulang ke Kl menaiki kapal terbang pada 27 mac atas urusan kerja. Sejak pulang ke sini sy telah mengalami kesukaran bernafas dan tidak puas apabila bernafas. Kadang2 bila buat kerja dirumah saya cepat berasa penat di bahagian dada. Saya tidak demam dan tidak batuk. Saya hanya minum air panas dan langsung tidak minum air sejuk sejak balik ke kl…saya juga ada mengambil vitamin C tetapi keadaan tidak berubah. Apakah sy perlu mengambil test covid19?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh juga disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.