
Sulit
3 tahun
Masalah ketika bersama suami
saya seorang isteri berumur 32 tahun. saya telah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum mempunyai zuriat.
sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah berasa puas @ orgasm ketika melakukan seks.
saya juga kurang berasa ghairah untuk melakukan seks.
apabila saya berbual dgn rakan yang sudah berkahwin, dia menceritakan bagaimana perasaan ghairah dan klimaks dan saya tidak pernah merasakan semua itu.
saya telah berbincang dengan suami tentang masalah saya. suami berkata dia akan melakukan oral yang lebih lama supaya saya lebih merasa ghairah.
walaupun dia telah berusaha untuk oral yang lebih lama, saya masih kurang merasa ghairah dan kesudahannya, saya hanya melayani suami sehingga dia puas.
disebabkan masalah ini, saya merasa tawar hati untuk melakukan seks. rutin seks saya pun sudah berkurang kepada beberapa kali sahaja dalam masa sebulan.
apa yang perlu saya lakukan? saya tidak tahu apakah punca saya kurang merasa ghairah.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai masalah berkaitan aktiviti bersama dengan suami.
Hubungan seksual yang baik merupakan salah satu faktor yang penting dalam hubungan suami dan isteri.
Untuk pengetahuan anda isu sebegini berkait rapat dengan keadaan mental serta beberapa faktor lain.
Anda disarankan untuk bercakap dengan pakar psikiatri agar isu ini dapat ditanggani bersama.
Pakar psikiatri selalu merawat isu sebegini dengan pelbagai kaedah dan cara rawatan.
Jangan menolak pandangan pakar kerana masalah sebegini hanya akan merosotkan hubungan anda dengan suami anda.
Pakar psikiatri akan berbincang dengan anda dan suami anda untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami harap jawapan ini membantu.
Tolong bercakap dengan pakar kami melalui atas talian .
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri