
Sulit
3 tahun
Masalah kitaran haid tidak teratur dan berpanjangan
hi doktor, saya perempuan umur 19 tahun. saya ada masalah haid tidak teratur dan berpanjangan. kadang2 ada darah keluar sikit tapi kadang2 keluar byk. saya jadi confuse sama ada darah itu darah haid atau istihadhah. saya ingin minta bantuan doktor untuk bagi cara yg boleh saya buat utk kitaran haid kembali normal. adakah masalah ini adalah satu penyakit? saya cuma takut saya ada penyakit yg berbahaya. mohon penjelasan doktor, thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur dan berpanjangan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Masalah yang berkaitan dengan sistem pembekuan darah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda perlu segera berjumpa doktor, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!