Sulit
6 tahun
Masalah kulat ibu pada jari
Saya berumur 19 tahun, saya bekerja di kedai makan di restoran sebagai pencuci pinggan mangkuk…saya mengalami kerosakan kuku dan kuku saya menjadi kekuningan dan rasa sakit/berdenyut, saya dah banyak cuba pelbagai ubat dan jumpa dr pakar kulit, tetapi tiada hasil, saya mengalami masalah kulat kuku ini semasa berumur 13 tahun…bagaimanakah cara untuk saya merawat kulat kuku ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah kulat jari adalah sejenis masalah kulit (kerana kuku dikategorikan sebagai bahagian dari kulit) yag terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat. Kulat adalah sejenis organisma yang bersifat kolonial yaitu bermaksud ia menempati sesuatu tempat tanpa menyebabkan banyak masalah. Justeru, ini bermaksud sebelum menimbulkan gejala, kulat tersebut telah bertumbuh dan membiak dengan banyak. Hal ini menyebabkan perawatan kulat memakan masa yang lama dan memerlukan anda untuk tekun dan sabar menjalani rawatan.
Biasanya masalah kulat boleh diatasi dan diuruskan dengan mengamalkan beberapa cara seperti berikut:
- Mrematuhi arahan pengubatan
- Rutin mencuci tangan / kaki
- Setelah cuci bersih, pastikan daerah sentiasa dalam keadaan kering
- Kenalpasti masalah kesihatan lain yang mungkin boleh memperuburuk masalah kulit seperti diabetes (kencing manis)
- Henti pemakaian pewarna kuku dan lain-lain bahan kuku yang boleh menyebabkan higieniti kuku terganggu
- Amalkan pemakanan seimbang terutamanya vitamin yang cukup
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.


































