
Sulit
4 tahun
Masalah kulit dan darah
Selamat tengahari,
Saya berumur 22 tahun. Saya ingin bertanya kepada Dr mengenai situasi kesihatan saya. Kulit badan saya kerap naik bintik2 merah ketika rasa gatai di bahagian depan kepala dan mengalami kesukaran untuk tidur malam. Bintik itu seperti kelopak garam yang merebak tapi Bintik itu tidak timbul hanya merah satu badan. Dan ia cepat naik dan cepat surut. Saya sudah ke klinik, hospital dan keputusan mereka katakan saya terkena allergic. Kalau allergic walaupun saya berjaga-jaga dalam pemakanan ataupun keadaan sekeliling ia tetap naik di kulit. Sekarang sudah hampir setiap hari selepas bangun dari tidur pasti ada bintik merah itu. Dan saya juga pernah berlaku darah keluar dari bahagian dubur tapi hanya sikit sahaja cecair darah tu. Dalam setahun kadang terjadi 2/3 kali darah kluar. Tahun ini, ia keluar sekali bln 11 rasanya. Tapi ia tiada tanda rasa pedih2 di bahagian tersebut ataupun gatal. Jadi saya tidak tahu apakah punca sebenar.
Dan perlu kah saya lakukan CT scanner untuk diri saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah bintik-bintik merah di kulit badan dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti (Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Mengenai darah yang keluar dari dubur pula, dapat disebabkan oleh:
- buasir
- diverticular disease
- kanser usus
- sembelit yang berterusan sehingga menyebabkan “anal fissure”
- inflammatory bowel disease
Namun begitu, maklumat lanjut daripada anda perlu kami ketahui sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Pemeriksaan susulan juga adalah diperlukan bergantung kepada keperluan dan keputusan daripada doktor yang merawat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor di hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih