
Sulit
5 tahun
Masalah kulit dan kudis
Anak sy berusia 6 tahun dan 2 tahun. Dua2 ada masalah eczerma dan astma. Skrg, mereka dijangkiti kudis api(dah ke klinik dan makan antibiotik). Dlm tempoh seminggu ubat, kudis sembuh dan tiada masalah gatal. Skrg, masalah gatal dan kudis muncul semula. Ank sihat. Tiada demam. Apa ubat yg sy boleh berikan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kudis ini dirawat dengan
Krim antibiotik- bagi kes yang lebih ringan
Ubat antibiotik
Untuk mendapatkan ubat ia memerlukan preskribsi dari doktor. Maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Selain itu, berikut merupakan langkah pencegahan dari kudis.
Sentiasa membasuh tangan dan kaki selepas bermain di luar.
Mencuci pakaian atau tuala pesakit dengan air suhu lebih tinggi dan elakkan perkongsian dengan orang lain.
Ibu bapa harus memakai sarung tangan semasa menyapu krim antibiotik atas kudis.
Pastikan kuku selalu pendek.
Larangkan anak anda yang menghidapi penyakit ini bermain dengan kanak-kanak lain.
Elakkan mengunjungi tempat yang sesak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.