
Sulit
4 tahun
Masalah kulit di buku lali
saya mempunyai masalah kulit dibahagian buku lali.
kulit menjadi kering, mengelupas dan gatal.
kemungkinan kurap? krim apakah yg sesuai dengan masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit yang kering, menggelupas dan gatal di buku lali. Untuk makluman anda, masalah ini boleh timbul akibat beberapa perkara, antaranya ialah:
- geseran pada pakaian atau antara kulit ke kulit akibat berat badan berlebihan
- Kelainan kulit seperti eczema , bulu/rambut yang tumbuh masuk kedalam daging
- Penyakit jangkitan kulit seperti kandidiasis
- Dermatitis akibat kontak dengan bahan baju ataupun sabun
- Keradangan pada penyakit autoimun
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Kami tidak boleh memberi saranan ubat apa yang perlu anda ambil tanpa pemeriksaan dari doktor dahulu
Ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini, sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor supaya dapat membuat pemeriksaan dengan lebih teliti untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.