
momokmomon5
5 tahun
Masalah kulit gatal dan menjadi kasar
Saya berumur 18 tahun saya berasa gatal pada jari.Pada mulanya gatal pada bahagian payudara selepas saya memakai ubat gatal ianya hilang tetapi ada kala rasa juga . Sekarang saya rasa kulit di bahagian tengkuk pula yang jadi kasar dan gatal . Adakah saya alahan atau sebaliknya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara penyebab kulit gatal adalah:
- Alahan ubat, makanan atau material baju
- Psoriasis
- Ekzema
- Jangkitan kulat
- Contact dematitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.