
Sulit
3 tahun
Masalah kulit kepala yang berkuping dan kemaluan yang berkuping berwarna putih/warna krim
Hai doktor. Saya seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Saya mengalami masalah kulit kepala yang berkuping dan kemaluan yang berkuping sejak 3 tahun lepas. Kuping di kepala kadang kala sukar dikopek.Apabila sudah dikopek,terasa seperti masih terdapat lapisan kuping yang nipis…dahulu terdapat air-air selepas kuping dikopek.
Apakah punca kuping di kepala , ubat dan cara pencegahan kuping?
Mengenai masalah kuping di kemaluan, kuping di tempat tersebut mudah dikopek…lapisannya tidak terlalu tebal…
Apakah punca-puncanya, ubat yang perlu diambil dan cara pencegahannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala kulit berkuping boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya:
- Kelumumur
- Penyakit psoriasis
- Jangkitan kurap seperti tinea capitis
- Jangkitan kulat
- Alahan dermatitis - pada shampu atau produk rambut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.