
Sulit
4 tahun
Masalah kulit, kuku jari tangan, (tanda2 hiv)
Salam sejahtera. Umur sy 39, sy bekerja sebagai tukang masak (catering).sebelum ni sy ingatkan dimuka sy pd bahagian bawah hudung adalah Resdung yg serius. Dan dalam pada masa yg sama kuku jari tangan sy menjadi kusam, buruk, bercendawan. Sy pergi klinik kesihatan berdekatan dan doktor syorkan utk sy buat Hiv test, result positif.
Tetapi doktor ckp jgn risau sebab itu hanya secara rambang tp utk test sebenarnya sy dibagikan 1 tarikh utk datang semula jumpa doktor dan buat final test… Tiba tarikh tersebut sy xdapat pergi, sehinggalah skrg sy hanya berdiam…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menggunakan khidmat kami
Namun begitu, saya kurang pasti dengan soalan yang anda ingin ajukan kepada kami. Tanpa maklumat yang lengkap, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Saya cadangkan anda untuk pergi ke klinik atau berjumpa dengan doktor tersebut untuk melakukan ujian jika perlu.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.