
matkontanpahang
5 tahun
Masalah kulit zakar
Zakar saya ketika mengeras hanya 3.75inci…adakah normal?
Ketika mengeras…kukit zakar akan terkoyak di bahagian jahitan…
Adakah zakar saya tidak cukup kulit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Adalah lebih baik sekiranya tuan dapat menjelaskan dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan bahagian jahitan. Seterusnya, andainya terkoyak sehingga terjadi perdarahan dan sebagainya, adalah amat digalakkan untuk tuan mengunjungi unit kecemasan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih