
Sulit
4 tahun
Masalah kutil ketuat
Saye lelaki 28 saye ade masalah kutil ketuat di bahagian kemaluan saye ade benjol2 kecik di tepi2 kepala takok…ape yg saye perlubuat buat untuk mengatasi masalah nie doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda terhadap masalah yang anda alami di kemaluan anda.
Sepertinya anda mempunyai ketuat di bahagian kemaluan. Walaupun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat bagaimana anda memperoleh ketuat ini. Ketuat disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV). Terdapat beberapa keadaan di mana anda boleh mendapat ketuat sebegini seperti:
- Perbuatan seks rambang tanpa menggunakan perlindungan (oral, vagina, dubur)
- Bersentuhan dengan kulit atau perkakas yang telah terdedah kepada HPV
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walaubagaimanapun, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca ketuat anda disebabkan oleh HPV ataupun punca lain dan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Ingin kami tekankan sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks, amalkan perkara ini:
- Elakkan bertukar-tukar pasangan seksual
- Mengamalkan seks selamat dengan menggunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom tidak dapat membendung jangkitan secara 100%
- Mengamalkan kebersihan diri yang bagus
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuang ketuat. Penggunaan ubat sapu merupakan cara yang paling popular untuk membuang ketuat. Ubat sapu ketuat datang dalam bentuk krim, gel dan cecair. Ubat sapu biasanya mengandungi ubat-ubatan seperti salicylic acid untuk berfungsi untuk membunuh kulit yang telah dijangkiti oleh HPV dan seterusnya menanggalkan ketuat.
Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan dari doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.