
nabilah.ruslan
4 tahun
Masalah lambat datang period
Sy disahkan mempunyai cyst sebesar 5cm di bawah sebelah kiri bawah perut pada hujung bulan 6 yang lalu. Dan sy baru sahaja berkahwin pada pertengahan bulan 8 yg lalu. Haid sy adalah normal sepanjang sy disahkan mempunyai cyst. Kiraannya adalah 27 hari dan kitaran haid selama 8/9 hari. Akan tetapi pada bulan Nov lepas, kitaran haid sy berakhir pd hari yg ke-11. Adakah ini akan melambatkan kitaran haid sy pada bulan ini? Ini adalah kerana sepatutnya sy sudah dtg haid pd 3 hari yg lepas. Sy juga telah melakukan ujian kehamilan dan ianya adalah negatif. Diharap DoctoronCall dapat membantu menyelesaikan kerunsingan sy ini. TQ.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur (Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja)
- Berat badan dan diet (Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda)
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) (Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang)
- Ubat-ubatan (Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid)
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.