
Sulit
4 tahun
Masalah lelaki. Alat kelamin
Hai mcm mn kuatkan alat kelamain lelaki utk hubungan yg lebih lama ada supplement yg selamat boleh digunakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk pengetahuan anda, kami tidak mempunyai mahupun menjual mana-mana ubat kuat untuk lelaki.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu anda boleh membuat beberapa perkara untuk meningkatkan prestasi anda ketika bersama isteri:
- Kerapkan bersenam; ianya dapat meningkatkan stamina anda dan juga memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Makan makanan yang seimbang
- Berhenti merokok kerana rokok merupakan salah satu faktor mati pucuk
- Kurangkan atau hentikan pengambilan alkohol
- Kurangkan stres kerana stres merupakan salah satu faktor kurangnya prestasi ketika bersama isteri
- Beri perhatian kepada pasangan anda kerana ini merupakan komunikasi dua hala
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut mengenai kesihatan seksual, sila hubungi doktor kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi di atas talian. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.