Anonymous
6 tahun
MASALAH lewat dtg haid
Dktor adkh sy blh d sahkn hmil … krna bln ni sya blm dtg bln mmndgkn bln lpas spttnya sya dtg bln pd 21/4 tpi bln ni sya blm dtg bln
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh melakukan ujian upt sekali lagi atau terus ke klinik agar doktor boleh melakukan ujian seperti imbasan ultrasound bagi memastikan status anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
























