
Sulit
3 tahun
Masalah lewat haid dan cek upt selalu negetif
Saya wanita 28tahun saya sudah berkahwin baru 2bln dalam dan haid saya selalunya teratur x pernah lewat tapi bln ni saya termiss haid 1 bln dan sa cek upt saya negetif tapi saya ada tanda tanda hamil seperti buah dadah saya mula membesar dan rsa loya badan selalu panas ,kerap kecil,saya mula mengidap macam macam makan,pinggan dan kaki saya mula pandai kram dan saya kerap mudah lapar pada lewat mlm tapi apa bila sa cek upd resultnya masih negetif dan saya binggun apakah saya hamil atau tidak?Dan apakah penyebabnya result upt saya negetif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kegelishan anda yang sedang mengalami haid lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT hanya boleh menunjukkan keputusan positif jika digunakan kira-kira 10 hari dari tarikh haid yang terlepas. Selain itu, penggunaan ujian UPT yang salah, kerosakan pada ujian hamil, kehamilan ektopik juga boleh menunjukkan keputusan negatif.
Simptom-simptom yang anda sedang mengalami boleh berpunca daripada kehamilan ataupun pre-menstrual syndrome. Selain itu, haid lewat juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Penggunaan ubat perancang keluarga atau ubat hormon yang lain
- PCOS
Sekiranya anda merasakan diri anda hamil, sila rujuk kepada doktor supaya ujian tambahan dapat dijalankan untuk mengesahkan kehamilan.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secar atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.