
Sulit
3 tahun
Masalah mati pucuk,kemaluan tidak tegang
saya mengalami masalah mati pucuk…kemaluan saya tidak tegang…adakah ini boleh dirawat?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
Pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat,justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan.Justeru itu,masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah yang tidak memuaskan .
Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.Kegagalan hati dan buah pinggang juga boleh memberi kesan kepada hormon.
Penyakit Parkinson boleh menyebabkan hormon ‘Dopamine’ berkurangan lantas menyebabkan ganguan kepada pengekalan ketegangan zakar.
Kesan sampingan ubat-ubatan serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja, cocain juga menyumbang kepada Mati pucuk.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.