
Sulit
5 tahun
Masalah melecet pada kemaluan
Salam…doktor…sy ingin bertanya…kalo kemaluan melecet sebab menggaru ad lotion atau cream apa2 yang bole di pakai x…dan lg satu jika nak elok cepat…bole kena air atau tidak kemaluan semasa mandi.terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Lecet pada kemaluan seorang lelaki / wanita boleh timbul akibat pelbagai perkara seperti:
- Kelainan kulit seperti eczema , rambut yang tumbuh masuk kedalam daging
- Penyakit jangkitan kulit
- Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan HPV
- Dermatitis akibat kontak dengan bahan baju ataupun sabun
- Keradangan pada penyakit autoimun seperti Behcet
Merujuk kepada banyaknya hal yang boleh menyebabkan lecet di bahagian kemaluan, jelas sukar bagi mendiagnosis penyakit sebenar melalui laman pertanyaan sahaja. Menyapu krim tidak akan menyembuhkan penyakit diatas terutamanya jika penyebab adalah jangkitan. Adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor agar dapat diperiksa dan diberikan ubat yang bersesuaian sebelum luka lecet ini betambah parah dan menimbulkan kesakitan serta masalah lain.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.