
Sulit
5 tahun
Masalah membuang air besar
Mak saya umur sudah 68 tahun, dia mengalami masalah dalam membuang air besar .bila buang air besar mesti berdarah, sometimes dia tak perasan najis dia terkeluat sendiri bila berjalan di dalam rumah.seolah dia tak dapat menahan lagi najis nya sebelum dia sampai ke toilet.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang dialami ibu anda berupa buang air besar berdarah serta sukar menahan najis boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Harus diketahui bahawa berak berdarah adalah tidak normal dan merupakan petanda terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.