Sulit
5 tahun
Masalah miss v wanita
Saya wanita berumur 29 thn
Mengalami masalah, ada ketulan atau benjolan didalam miss v
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketulan atau benjolan di dalam faraj yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin , yang terletak pada kawasan berhampiran lubang faraj.
- Ketumbuhan sista pada dinding vagina
- Fordyce spots , iaitu sejenis ketumbuhan sista kelenjar peluh pada kawasan lubang faraj
- Kembungan salur darah pada kawasan vagina atau lubang faraj ( varicosities )
- Kanser vulva atau vagina, terutamanya sekira anda pernah mengalami jankitan ketuat kelamin ( Genital Herpes )
- Ketuat kelamin atau dikenali sebagai Genital herpes . Ia merupakan salah satu jangkitan STD ( Sexual transmitted disease )
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am bagi masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah miss v yang anda hadapi ? Pakar sakit puan boleh membantu!































