
Sulit
3 tahun
Masalah pancut tidak kuat
saya berumur 26tahun…saya mempunyai masalah pancut mani tidak kuat ketika bersama isteri…apakah cara untuk mengatasi masalah ini

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah pancut mani tidak kuat ketika bersama isteri. Saya akan cuba membantu dengan memberikan maklumat berkaitan situasi anda.
Untuk pengetahuan anda, keadaan yang sedang anda lalui lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin. Keadaan ini boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Ketidakstabilan emosi (stress)
- Pengaruh ubat-ubatan
- Ketagihan merokok
- Penyalahgunaan dadah
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit jantung
- Kerap beronani
- Makanan yang tidak seimbang
Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda dan meningkatkan kualiti air mani:
- Bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit 3 kali seminggu
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Supplements yang mengandungi vitamin C, vitamin D, dan Zinc
- Rehat dengan cukup
- Berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan alcohol
- Pengawalan emosi
Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih terperinci, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah