
asyikinnurul89
5 tahun
Masalah pedih dan sakit dalam saluran faraj saya
Sy 30 thn dah kawen. sy pesakit pcos br2 ni sy alami haid berpanjangan selama 2bln lepas je darah tu stop vagina sy terus rasa pedih2… dan bila bersama pedihnye lagi sakit kenape ye doctor? Sebab pakai pad dlm jangka masa yg lama ke? Thn lepas pernah jdi sy pergi klinik doctor bg ubat antibiotic hilang dah ni sy ambik ubat yg sama tp dah x berkesan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda, anda mungkin mengalami gejala faraj kering (“vaginal dryness”) dan kurang pelincir ketika seks. Hal ini boleh disebabkan oleh:
- penyusuan
- masalah kemurungan atau stress
- merokok
- masalah kekurangan air dalam badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.