Sulit
3 tahun
Masalah pengeluaran air mani
Saya seorg suami berumur 34tahun. Mslah sy alami ialah air mani tidak keluar. 1bulan sblm kahwin ada gunakan minyak urut utk tenaga zakar. Tapi lain yg terjadi. Air mani kurg sperti sumbat dan kdg2 tiada langsung. Mohon bantuan dan penjelasan ape ptt sy lakukan tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami suami puan, umumnya seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan kemandulan adalah seperti:
- Faktor usia atau hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Justeru itu, perlu diketahui bahawa kemandulan merupakan sesuatu yang serius dan perlu dibincangkan bersama. Selain itu, terdapat juga potensi untuk kemandulan berlaku pada seorang wanita, maka rawatan terhadap kondisi kesihatan yang dialami oleh anda sekeluarga memerlukan diagnosa pasti dari doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
Namun untuk sementara waktu berikut merupakan kaedah pengubahsuaian gaya hidup yang boleh dimulakan dari saat ini.
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat menggangu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat menggangu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawtaan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.