Sulit
5 tahun
Masalah Pengunaan Sumber Ayu kayu Rapet & Manjakani
Asalamualaikum Dr saya brumur 20an dan saya ingin bertanya tentg pengunaan sumber ayu , baru2 ni sy membeli sumber ayu di drugstore dan saya telah memakai beberapa hari . Pada masa itu pula saya trcuci di celah bahagian dubur dan ia telah menjadikan celah dubur saya terlalu kering dan telah menjadi warna hitam . Kulit dubur saya telah mnjadi tk sekata . Bagaimana saya mahu ubati ini dan dapatkan wrna kulit asal saya semula dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, sehingga kini tiada kajian saintifik mengenai penggunaan ubat tradisional pada bahagian kemaluan ataupun alat sulit. Tiada kaedah dan cara spesifik bagaimana ubat tradisional ini digunakan dan apa kesan sampingannya pada kulit anda. Pihak kami tidak dapat mengenal pasti masalah kulit yang berlaku dikawasan kemaluan anda, pemeriksaan fizikal dan beberapa prosedur lain perlu dilaksanakan sebelum menentukan rawatan dan ubatan yang sesuai untuk masalah anda. Justeru kami sarankan anda untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

































