
Sulit
5 tahun
Masalah penyakit hiv
Ada kemungkinan tak pasangan lelaki dan perempuan dijangkiti hiv disebabkan oleh si lelaki mempunyai ulser di mulut dan beliau cium mulut / lick pussy si perempuan sedangkan kedua duanya tiada penyakit hiv positif ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada risiko bagi HIV disebarkan jika anda dan pasangan tidak menghidap HIV.
Untuk makluman anda, berikut merupakan risiko untuk mendapat HIV :
- Mempunyai lebih daripada satu pasangan seks.
- Menjalinkan hubungan seks dengan pasangan yang positif HIV.
- Hubungan homoseksual terutamanya antara lelaki.
- Mempunyai pasangan yang melibatkan diri dalam aktiviti berisiko tinggi.
- Penagih dadah terutamanya yang mempunyai tabiat berkongsi jarum.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.