
Sulit
4 tahun
Masalah Penyakit PCOS
Saya remaja perempuan yang berumur 17 tahun…Badan saya seperti tangan,kaki dan sedikit bulu di bahagian perut…tapi period saya normal ja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Kami memerlukan lebih banyak maklumat dan anda perlu diperiksa untuk mengetahui puncanya. Berikut antara sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar pituitari
- Masalah kelenjar adrenal
- Obesiti dan sindrom metabolik
- Ubat-ubatan seperti steroid
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut untuk mengetahui puncanya dan mendapatkan rawatan.
Jika anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor pakar kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.