
Sulit
4 tahun
Masalah perempuan - period
Hi. Hari ini merupakan hari ketiga saya period dan saya perasan yang darah yanh keluar tidak seperti period yang lepas. Darah yg keluar pada period kali ini hanya lendir seperti keputihan yg berwarna coklar gelap. Jumlah yang keluar pulak sangat sangat sedikit. Sebelum ini saya memang ada mengalami masalah senggugut yang teruk dan terpaksa ambil mc setiap kali period. Tetapi bulan ini saya tidak berasa sakit senggugut langsung. Adakah darah yang keluar itu normal? Perlukah saya risau?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda,
Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan lendir keputihan yang bewarna coklat gelap ialah:
- Jangkitan transmisi seksual
- Jangkitan faraj
- Keguguran
- Keradangan bahagian pelvik
- Jangkitan HPV
- Kesan sampingan ubat seperti pil perancang
- Jangkitan yis
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!
Sekiranya anda mengalami simptom berikut sila berjumpa dengan doktor:
- Demam
- Lendir yang berbau
- Sakit yang berpanjangan pada bahagian pinggang dan kelamin selama 2 minggu
- Haid yang berpanjangan ataupun haid tidak datang
Sekiranya gejala ini masih berpanjangan, kami sarankan untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.
Anda boleh klik di link ini (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi dalam talian. Terima kasih.