
Sulit
4 tahun
Masalah period dah spot bleeding
Hi doc minta bantuan ye, saya umur 21 tahun, dah lama tak period almost 6 month saya ada pergi mengurut dah lebih 2 kali mereka kata rahim saya jatuh, dan saya ada buat scan rahim tapi tiada apa dan kadang2 ada DARAH keluar tetapi TIDAK BANYAK & TIDAK LAMA . Seperti period yang last2 tu… tak basah darahnya kering. Perlu ke saya membuat rawatan selanjutnya lebih detail untuk masalah ini? Dan kenapa sebabnya terjadi. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa haid anda datang lewat dan mengalami spotting:
- Ketidakseimbangan hormon
- Berat badan; berat badan yang berlebihan dapat mengganggu kitaran haid
- Masalah kelenjar pituitari atau ovari
- Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Jadual kerja dan aktiviti harian yang terlalu padat dan sibuk
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat dan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk menjawab persoalan anda, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.