
Sulit
5 tahun
Masalah Period dan upt negatif
Salam doktor… Saya nak bertanya…saya sudah berkahwin nak dekat setahun .sudah sebulan lebih tidak datang haid…selalu setiap bulan saya akan datang dan tidak pernah tak datang haid.last period Saya 26/9.Saya ada rasa pening mual demam senak perut dan sakit di tepi pusat belah kiri…tapi bila saya check upt masih negatif atau pun masih terlalu awal untuk saya check upt.apa yang perlu saya lakukan sama ada jumpa doktor atau ada cadangan lain doktor boleh berikan kepada saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid yang tidak tiba ini boleh disebabkan:
- Kehamilan - ujian UPT mungkin masih terlalu awal
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.