
Sulit
4 tahun
Masalah period Dua bulan Tak datang
Saya umur dalam 20an Saya masih bujang tetapi Saya Ade masalah tentang period yg sudah Dua bulan tidak datang…kenapa boleh berlaku ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai grjala yang anda alami. Haid lewat boleh menjadi normal akibat fisiologi badan jika anda merupakan remaja yang baru sahaja datang haid. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah struktur rahim wanita. Oleh itu, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda ingin menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Anda juga disarankan untuk mengamalkan gaya hidup aktif dengan bersenam 30 min sehari seminggu dan makan makanan yang sihat. Makanan segera akan mengganggu kitaran haid wanita.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.