
Sulit
4 tahun
Masalah period lambat hambir 2bulan
saya shalu 35th,bulan aug 20-27 admitted bcz nimmonia fever,masa tu dah period dua kali bulan yg sama,masa ty yg last period till skrg tak dtg period knp ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lambat.
Untuk makluman anda, masalah haid lambat biasanya disebabkan oleh:
- Mengandung
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya kurang mengerti apa yang dimaksudkan oleh demam nimmonia, jika anda maksudkan adalah pneumonia (jangkitan kuman pada paru-paru), biasanya ia tidak mempengaruhi kitaran haid seseorang.
Sekiranya masalah haid anda berterusan, sila berjumpa dengan doktor di klin ik bagi mengetahui keadaan sebenar anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.