
Sulit
2 tahun
Masalah Period lewat datang
Saya awal 20-an. Saya telah datang ke klinik kerana period saya lewat. Doktor telah beri norethisterone selama 3 hari. Selepas 2 hari saya berhenti makan, period saya datang. Period saya selama 8 hari. keluar darah dan penghujungnya keluar kecoklatan. Dan ada satu hari ada darah ketulan. Adakah normal seperti itu? Memang benarkan ini darah period? Dan adakah effect makan selepas sebulan seperti senak? Atau adakah ini adalah ciri ciri gastrik? Seperti perut keras dan tak selesa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan darah yang keluar itu adalah darah haid. Ini kerana selepas pengambilan ubat ini kebiasaannya darah haid akan keluar.
Kesan sampingan ubat Norethisterone ialah :
- Pendarahan tidak teratur
- Payudara sakit atau bengkak
- Sakit seperti senggugut
- Edema
- Sakit kepala/migraine
- Peningkatan pada tekanan darah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.