
Anonymous
6 tahun
Masalah period memakai implan
Saya berumur 30thn, selepas sy bersalin ank ke 5 scara czer sy ambil perncng implan, sbb perncng selpas pkai implan pd 6/17 sy tiada dtg period hngga pd6/18, hnya sedikit… dlm tmpoh smnggu… Baru ni pd 29/3/19 sy dtg period dgn darah y amat sikit selama 15 hr, selepas 3hr tiba2 drah ada balik dlm kuantiti y sedikit… permulaan sy pwriod pd umur 12thn, mula2 period sy normal… masuk sek mnengah xnormal,… period sy kmbali normal selpas sy pkai perncng iud setelah melahirkn ank ke3, itupon mngndung balik selepas setahun… soalan sy adakah normal period sy??? sy agak risau darah y keluar hnya skadar lendir merah, coklaat dn hitam.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah kitaran haid tidak teratur dan berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh pengambilan perancang keluarga.
Untuk makluman anda, pengambilan perancang keluarga akan menyebabkan kitaran haid berubah dan haid anda akan mengambil masa untuk kembali kepada kitaran yang biasa. Selain itu, berat badan anda akan bertambah disebabkan faktor hormone dalam badan anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.