
Anonymous
5 tahun
Masalah period tidak keluar sudah sebulan
maaf bertanya , sudah sebulan haid saya tak keluar , saya check pregnancy test memang x preg , but sudah sebulan haid tidak keluar , boleh saya tahu punca masalah haid saya tak keluar

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kedatangan haid yang lewat boleh disebabkan faktor seperti:
- Anovulasi - tiada ovulasi pada bulan tersebut
- Kehamilan - ujian mungkin tidak sempurna kerana hormon kehamilan masih lagi rendah
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.